Wednesday 9 January 2013

Saat Aku Rindu

Assalamualaikum...

Rindu yang aku maksudkan pada post title di atas adalah rindu ku kepada arwah abah ku yang tercinta Khaieri bin khaieri @ siti rogayah. Abah meninggalkan aku pada 19.11.2012.. Ianya masih baru dah rinduku pada abah masih kuat. Tiada siapa yang menjadi peneman setia di sisi ku selain air mata saat aku rindukan arwah abah. Ya allah,baru beberapa baris ayat aku taip air mata sudah mengalir laju di pipiku,betapa rindunya aku kepada arwah abah hanya Allah swt sahaja yang tahu. Disini aku ingin berkongsi beberapa amalan yang boleh kita amalkan untuk dihadiahkan kepada ibu bapa yang sudah pergi mengadap ilahi.


1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh. .

Aku harap kepada sesiapa yang ibu atau bapa sudah pergi mengadap ilahi boleh sama-sama amalkan amalan ni and macam aku,aku tetap amalkan even tak semua amalan kat atas ini aku boleh amalkan.

dan doaku kepada arwah abahku...

Ya Allah sayangilah arwah abahku Khaieri bin Khaieri @siti rogayah. Ampuni, rahmati dan redhailah dia.

Ya Allah ampunilah arwah abahku dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosanya yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus dia lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada abahku sebanyak kebaikan abahku kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah abahku dengan pandangan kasih sayang sebagaimana abahku dahulu memandang aku.

Ya Allah berilah abahku hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik aku.

Maafkanlah segala kekurangan abahku dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan aku.

Maafkanlah abahku atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang abahku jalani dalam usaha menghidupkan aku.

Ya Allah berilah abahku bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada aku, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi aku, dan taufiq yang telah mendekatkan aku kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada abahku segala dosa dan kesalahan yang aku lakukan dan tanggungjawab yang aku abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa aku ke atas dosa abahku.


Ya Allah lemah lembutlah kepada abahku yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut abahku kepada aku di masa hidupnya.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada abahku berita tentang aku yang mengecewakan abahku, dan jangan bebankan dosa-dosa aku kepada abahku.

Jangan hinakan abahku di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang aku lakukan.

Senangkanlah roh abahku dengan amal-amal aku di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan abahku ternoda oleh perbuatan buruk aku.

Ya Allah jadikanlah aku dan adik beradikku penyejuk hati abahku pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

amin,amin ya robbalalamin,...



2 comments:

  1. wa..bnyakkan bsabar k..jgn sdeh2..smoga abah tenang dan damai d sana..al Fathihah

    ReplyDelete
  2. ok...thanks nik.. insyaallah..tu la doa kte tiap lpas solat...

    ReplyDelete